Thursday, February 25, 2010

gambaran

saya tidak suka pada persamaan mahupun perbezaan.. saya hanya suka pada penerimaan... itu lebih tulus...

keadaan tidak akan melibatkan kau... ia hanya melibatkan fikiran kau untuk betul-betul berada dalam sesuatu situasi...

risaukan sesuatu yang lebih penting mungkin lebih hampir dengan kematangan... kawalan dalam setiap kemahuan...

pelajaran saya stabil andai satu konsistensi diambil peduli...

kadangkala kau begitu jauh dengan tuhan dan masa depan...


Tuesday, February 23, 2010

telah

saya memandu kereta dengan laju. dan apa perasaan sedangkan kau memandu dengan perlahan tapi masih berlaku perlanggaran? ini dugaan dalam soal kewangan..

tidak kisah perkara bagaimana sekalipun, tetapi hanya perlu normal dan fokus!

keluar dan keluarga. dua perkataan yang saya cuba gabungkan menjadi keluar dari keluarga.. betul lah sukukata 'ga' mainkan peranan yang hebat dalam hal ini..

sikap dan tanggungjawab.. imjan..


Wednesday, February 3, 2010

cetek

pernah tak kadangkala kau hanya mahu termenung kerana mulut sudah tiada kata-kata apabila tekanan di keliling tayar kereta? perlu perlahankan panduan kereta atau tukar tayar baru? realiti hidup tiada apa yang perlu diperlahankan. hanya berubah ke arah yang lebih maju.

mengapa mahu bangga dengan kebagusan kau waktu sekarang sedangkan kau tidak tahu apa baik buruk kebagusan kau pada masa yang akan datang. bongkak itu sangat menghinakan. sungguh.

konsistensi dalam pengurusan sama seperti berak yang semakin konsisten. normal!

fikiran akan sampai ke tahap kosong apabila kau berfikir tanpa menggunakan otak kiri dan kanan dengan sempurna. maka, berfikir lah selagi kewarasan itu masih di tahap yang sihat.