Saturday, January 30, 2010

dua yang menghasilkan s

hari yang lepas rasa hebat sahaja.. suka!

untuk sekilas apa yang termenung apabila mata tiba-tiba putus asa dan ya, menangis.. sedih!

dua perkara mampu buat kau hilang fokus.. setan!

semua bermula dari huruf s... dan hanya satu s yang masih tidak digunakan iaitu sentap!



tidak mengapa, saya memang suka s untuk senyum!



Monday, January 25, 2010

rendah diri

serupa dan sama sahaja... mereka semua ada persamaan apabila mula buta untuk rasa dan beri satu penghargaan hanya pada satu kesayangan... berubah lah!

boleh tak sekiranya jika tuhan beri pilihan kehidupan, aku mahu menjadi manusia kosong.. tetapi mempunyai akal yang bijak...

kau sedar aku tidak kacak, maka untuk apa kau bezakan aku dengan rakan-rakan yang lebih kacak dari aku? untuk beri satu penghinaan? cuba lah untuk menghargai apa yang kau miliki.. itu lebih membahagiakan...

keupayaan untuk aku rasa, "semua sama sahaja kerana pantang melihat yang lebih sempurna dari apa yang ada di depan mata mereka sendiri"...

kesimpulan: rasa tergugat itu begitu bangsat!


satu

boleh tak merindui itu digantikan dengan sepasang kasut sahaja.. maka boleh dijual beli apabila ada kewangan yang stabil sahaja.. kan mudah.. maka tak perlu runsing sentiasa...

aku mula berfikir, bila mahu ada persediaan yang sihat? kau yang memilih.. dan kau juga yang menyediakan... selamat berjaya!

saya mahu perubahan pada perkara rutin..

tahu tak apabila emak kata "kau boleh ronggeng hari ini", sebenarnya kau diberi kata sindiran dan bukan kebenaran.. haishhh....

saya bukan tandas.. saya ainbijak... terima kasih...



Saturday, January 23, 2010

bangsat

kepandaian kau untuk menilai...

pernah juga ada sifat mahu membezakan tahap layanan terhadap seorang rakan dari seorang manusia bernama lelaki atau perempuan.. dua spesis berbeza.. maka, mereka punyai jenis layanan yang berbeza... tahu tak aku dari spesis seorang perempuan yang begitu bongkak untuk melayan seorang rakan yang berlainan jantina dengan aku... benar, lagipun aku memang tidak hot... keliling kau bagai penuh dengan rakan-rakan tetapi kau tidak pernah lebih-lebih sifat gatal terhadap mereka.. kerana itu juga aku digelar ain yang tidak bernafsu... sebab aku bukan dari kalangan gatal dalam setiap percakapan... tahu atau tidak, lelaki bersifat bagai "aku pantang dengan perempuan, maka aku mesti bercakap dengan perempuan secara lebih-lebih"... kepekaan menjadi seorang yang biasa sahaja tidak selalu ada dalam diri seorang lelaki... menjadi kautan itu milik mereka kerana hukum memang berkata mereka mampu memiliki sehingga empat jenis perempuan dalam hidup mereka... maka, sifat biasa-biasa sahaja itu tidak hebat di mata mereka.. aku mula rasa oh-mengapa-tidak-pilih-untuk-menjadi-bongkak-sahaja-seperti-aku..

mudah!


Thursday, January 21, 2010

simpang

perbezaan plastik sampah dan manusia...hanya kehormatan... cuba lah bezakan pada sudut ini sahaja, maka kau akan faham apa itu penghargaan..

rambut bila mahu berubah?


Tuesday, January 19, 2010

kecil

tahu tak aku dah sepenuhnya ni.. dan mengapa kadangkala kau bagai rasa seperti, "malasnya mahu layan sikap ambil berat kau tu"

betul lah, kadangkala menjadi hati batu dan degil pun boleh mampu buat aku senyum!

pemudah bagi jalan-jalan hidup adalah jalan pintas.. bagaimana kalau sudah ada highway di dalam hidup?? kemudahan...


Saturday, January 16, 2010

tidak aktif!

benar ia sesuatu yang baik, tapi andai tidak boleh terima, mengapa tidak pilih yang lebih baik dari aku sejak mula. mudah untuk kau kawal semuanya. kerana aku bukan antara yang baik-baik mahupun kesayangan.

apabila peperiksaan dijalankan dengan menggalakkan.. terima kasih...

tahu tak apabila tiada masalah di dalam kepala, itu lah fikiran kosong. mengapa mahu tidak kosong padahal kau bukan handal mengawal masalah sekalipun.

perubahan cuaca bilik! whatever!



Monday, January 11, 2010

lurus

saya semakin hampir dengan keupayaan sendiri.. tahu atau tidak, ini juga satu kekuatan..

pernah tak apabila kau dalam kategori sepenuhnya, tapi ia masih dianggap separuh atau sebahagian.. ini lah kekeliruan fikiran.. hati itu memberi efek yang besar dan hebat...

peperiksaan masih di tahap kosong.. dan kau sebenarnya berupaya si bijak...

apabila permintaan itu menjadi isu sejenis pelarian... risiko dan kehidupan... jangan tunggu lagi andai kau sebenarnya hampir dengan satu rasa kepenatan...

abah dan emak itu jantung hati dan perasaan sayang..

Sunday, January 10, 2010

hilang

sebenarnya aku tak mampu kehilangan kau... si emping jagung...


Friday, January 8, 2010

kesalahan

rasa tidak kisah itu kadangkala akan makan pemikiran kau sendiri..

jangan bertindak bangsat sedangkan kau sudah cukup bangsat dari awal lagi kami kenali... cuba lah hargai apa itu janji dan rakan...

hilang selamanya... tiga satu lapan enam sembilan..