Friday, May 28, 2010

oh mahu

pernah tak kadangkala kau bangun dari tidur dan kau harap untuk bersama seorang suami atau isteri di atas katil. maka, kau masih bernafsu. jangan risau, ia lumrah hidup menjadi seorang manusia.

spesifikasi setiap perkara lebih memudahkan apa jenis perbualan... jangan bualkan perkara yang tidak spesifik kerana hati kau masih tidak akan puas... pemberontakan hati itu tidak bagus.

mengapa mahu sempurna? kerana kita selalu lupa yang tidak sempurna itu akan membantu yang sempurna.. sifat alam yang tuhan anugerahkan agar manusia sentiasa berterima kasih!

jika ciri-ciri itu akan lahirkan satu rasa sedap, jangan simpan.. senaraikan mereka berserta alasan yang logik.

keyakinan itu terletak pada kejauhan akal fikiran... mungkin tidak perlu berfikir jauh supaya tahap keyakinan akan konsisten.. maka, tidak perlu risau selalu!


Sunday, May 23, 2010

lawanan

aku semakin obses pada jantina yang sama dengan aku.. boleh tak andai obses pada diri sendiri sahaja kerana aku juga adalah perempuan...

harapan tidak akan pergi begitu sahaja tanpa kejayaan melainkan sifat untuk putus asa kau terlalu tinggi... kerana itu penggunaan terlalu itu kadangkala makan diri...

kisah dan cerita... dua ini ada hubungan maksud yang berat.... cuba letakkan perkataan 'tak' di hadapan masing-masing... maka ia akan jadi, "tak kisah juga jika tak cerita"... andai tidak letakkan perkataan 'tak'.... hubungan mereka masih berat, "kisah juga jika cerita"... nampak??

gurauan adalah sesuatu perkara yang manis... jangan pahitkan ia dengan satu sifat mulut bangsat!

penyelesaian setiap kerja akan berakhir andai kau aturkan mereka dengan sihat... kerana itu kesihatan adalah bukan perkara sia-sia untuk dipantau setiap hari...



Friday, May 21, 2010

harap

apa semangat yang terbaik bagi setiap kesibukan tugas-tugas saya sejak akhir-akhir ini? jawapan saya hanya E...

jangan jatuh lagi kerana ia menghasilkan satu luka... samada cederanya parah atau biasa sahaja tapi ia tetap menyakitkan...

fizikal itu melalaikan manusia.. mengapa mahu fizikal sedangkan ia hanya satu kelalaian...

kebolehan seseorang tidak datang dengan satu paksaan... ia datang dengan satu panduan... cuba untuk pandu kebolehan.. kerana ia akan hasilkan satu keikhlasan....



Thursday, May 13, 2010

lupa

betul lah 'normal' itu sangat sedap... jika tidur yang normal, maka kau akan memiliki segala yang sedap...

andai pusingkan sedikit sahaja pandangan, mungkin segala keraguan tidak akan muncul lagi dalam fikiran.. kerana itu aku suka mencuba...

saudara telah mengambil kata 'terlalu' dalam segala perkara sedangkan saudara tahu bagaimana ia mampu memakan diri saudara dan diri saudari.... mengapa mahu pada kerosakan?

paling kasar itu sebenarnya paling lembut... lakonan hidup manusia...


Monday, May 10, 2010

simpan

andai nikmat itu benar-benar hilang dari pandangan dan pegangan, hanya satu rasa dari tuhan untuk diri kau iaitu kesal!

hampir seminggu, penggantungan itu menjadi isu buat diri aku...

kejadian itu dijadikan untuk menjadikan sesuatu perkara terjadi... mengapa jadi itu satu kata dasar yang sangat berkait rapat sesama sendiri?

kadangkala hati itu ada tiga rasa.. tapi aku hanya berkebolehan untuk mempunyai rasa keras hati.. kehebatan agar lebih bersifat keras kepala...

andai aku dilahirkan seorang lelaki sekalipun, mereka tetap akan beri gambaran diri aku yang tidak normal..

ada sesetengah dari semua perkara akan melibatkan kata-kata "oh shit"...