Sunday, May 23, 2010

lawanan

aku semakin obses pada jantina yang sama dengan aku.. boleh tak andai obses pada diri sendiri sahaja kerana aku juga adalah perempuan...

harapan tidak akan pergi begitu sahaja tanpa kejayaan melainkan sifat untuk putus asa kau terlalu tinggi... kerana itu penggunaan terlalu itu kadangkala makan diri...

kisah dan cerita... dua ini ada hubungan maksud yang berat.... cuba letakkan perkataan 'tak' di hadapan masing-masing... maka ia akan jadi, "tak kisah juga jika tak cerita"... andai tidak letakkan perkataan 'tak'.... hubungan mereka masih berat, "kisah juga jika cerita"... nampak??

gurauan adalah sesuatu perkara yang manis... jangan pahitkan ia dengan satu sifat mulut bangsat!

penyelesaian setiap kerja akan berakhir andai kau aturkan mereka dengan sihat... kerana itu kesihatan adalah bukan perkara sia-sia untuk dipantau setiap hari...