Tuesday, April 27, 2010

harap

tahu tak bagaimana rasa apabila timbul dalam hati dan berkata, "aku sudah lama tidak membeli belah baju-baju dan seluar-seluar baru untuk diri sendiri"....

tahu tak bagaimana aku pujuk diri dengan semua ini, "tunggu sahaja satu hari beban semua ini akan berakhir"...



Saturday, April 24, 2010

norm

hari ini hari agak pagi.. kemudian apa yang ada pagi-pagi begini melainkan bersikap tenang bagai tiada apa-apa yang berlaku sejak semalam...

hampir seminggu, hidup berjaga tidak tidur dengan cukup...

jangan diam, kerana aku jauh lebih hebat untuk menjadi seorang pendiam walaupun aku tidak pernah tahu pemberhentian dalam bercakap...

asap dan pembakaran... bila kesudahan? mungkin esok lusa, kau tidak tahu hati manusia..



Wednesday, April 21, 2010

sudah

penungguan atau penantian? maaf, dua ini sama sahaja.. hanya kesopanan perkataan yang menghalang manusia untuk membina satu perkataan bahasa melayu... jangan sekat, kerana ia tidak cool..

aku semakin hampir dengan kehabisan kelas hujung minggu... tahu tak bagai mahu bogelkan telefon bimbit sahaja apabila sengsara hujung minggu sudah sampai garisan penamat.. syabas!

aku gunakan huruf K untuk melepaskan rasa marah... iaitu Kebutuhan... nampak tak carutan ini lebih mulia berbanding kau gunakan huruf B sebagai penggantinya kerana ia akan bertukar menjadi Bangsat... emak kata, "kau cubalah sopan menjadi perempuan yang benar-benar perempuan ain!"... maaf, saya bukan jantan apa-apa pun... tahap saya tidak kritikal.. masih normal..

hantaran... ok lah, boleh juga menjadi penghantaraan... mengapa perlu hantaran sedangkan hanya mahu satu ikatan perkahwinan... pemikiran melayu zaman sekarang.. katanya mahu value penghantaraan... ini semua bullshit...


Sunday, April 11, 2010

hole

terima kasih untuk menulis entry bertajuk "Please" sedangkan aku sedang tidur semasa kau menulis.. penghargaan!

hitung masa dan kau akan jumpa juga penamat untuk masa berkenaan..

apa perasaan kau andai di kelilingi rasa oh-mahu-mati-kerana-hidup-dengan-tekanan-di-keliling-ponggong...

jikalau semangat hidup itu datang sahaja dan tidak akan pergi, maka kau di landasan hidup yang tepat.. bagaimana jikalau ia hilang? maka, landasan hidup kau juga sebenarnya sudah hilang...

aku makan semakin sedikit... oleh demikian, badan akan kurang stabil sama seperti perasaan...


Saturday, April 10, 2010

finding

tadi aku terlihat, terdapat papan besar bertulis "disiplin itu kunci kejayaan"... boleh tak andai aku tidak pernah ada disiplin di dalam hidup.. tapi aku masih mampu capai kejayaan.. sebaliknya aku akan kata, "Tuhan itu kunci kejayaan"...

sudah lama tidak pegang gitar dengan penuh rasa teruja... andai aku tidak sayang kau cik kapok, mungkin kau tidak lagi berada di bilik aku dan akan aku hantar ke cash converter sahaja... tapi kau itu nyawa dan satu kesayangan....

aku lebih suka menggunakan perkataan andai berbanding kalau... tidak tahu, kisah psikologi yang kadangkala manusia lain akan kata kau-memang-suka-berfikir-dengan-pendapat-sendiri-ain...

sekurang-kurangnya, aku masih berus gigi selepas makan... walaupun kebakaran di tahap kritikal sedangkan poket sangat dalam kecemasan...

andai mampu, aku akan bekerja tiga jenis pekerjaan dalam satu hari... ia andaian yang tidak akan ada satu kemampuan.. tetapi mampu beri aku satu motivasi untuk usaha dengan sendiri tanpa harap walaupun sokongan dari satu huruf manusia...


Saturday, April 3, 2010

huh!

disappear.. yeah disappear...


Friday, April 2, 2010

mati

kalau lah kau tahu kan... tapi soalnya kau tak tahu... dan bila entah soalan itu akan ada satu jawapan... sebab kau tetap tidak akan beri satu perubahan... hmmm... sampai bila? mungkin sampai mati.....


puas?

aku cuma takut pada perasaan hampir kepada gila.. cuba kurangkan pada jumlah sekatan..

kalau lah menangis itu satu pelepasan, jadi di mana tempat untuk penyimpanan? jawapannya hati kerana hati akan simpan segala yang baik....

gambaran hidup hanya ada di dalam fikiran.. tapi ia bukan satu kenyataan... segala yang nyata hanya ada depan mata... cukuplah percaya apa sahaja yang nyata.. terbaik!

jangan lahirkan satu kemarahan kerana mulut itu medan perang yang terhebat... cuba untuk kawal...

kehandalan itu bukan bergantung pada emosi... benar, emosi aku sentiasa tidak stabil.. mengapa tidak tolong sahaja aku dengan satu kestabilan... ia lebih menampakkan kehandalan kau terhadap aku dan emosi...

perkara paling sakit adalah sabar kerana ia memerlukan separuh daripada iman yang ada... maka, cubalah untuk miliki iman yang cukup...


Thursday, April 1, 2010

betul?

kadangkala menyimpan lebih baik daripada kau lepaskan kerana anggapan setiap manusia itu berbeza... biar ia disimpan dalam peti simpanan... baik...

kalau lah boleh lihat dengan mata kasar, kau akan tahu apa itu penghargaan....

jangan pertikai pada kesempurnaan..