Wednesday, December 30, 2009

benar





h i s y a m





Tuesday, December 22, 2009

seminit

padahal kau tahu aku dalam keadaan yang sangat mendesakkan diri sendiri untuk jadi sombong...

pernah juga kadangkala kau harap untuk memiliki tapi sebenarnya kau hanya berjaya mendapatkan.. sesuatu yang tuhan beri untuk kau nilai kata hati kau sendiri...

malas tak bermakna kau akan berhenti selamanya.. perasaan itu sesuatu yang normal dan hebat...

menjadi kautan apabila kau mahu semua tetapi yang tertulis hanya satu untuk kau lihat dengan mata hati... apa yang dilihat di mata kasar betul-betul melekakan diri sendiri...

perkataan yang paling baik untuk seorang abah adalah terima kasih kerana mendidik saya dengan cara yang sangat halus... saya sentiasa janjikan kebagusan...


Wednesday, December 9, 2009

sempat

kadangkala kau tak sedar dengan setiap kesalahan diri kau sendiri.. mencari pegangan tu bukan mudah bagai kau pegang gitar dan menyanyi..

aku semakin hilang rasa seorang manusia yang normal kerana apabila hati tidak lagi selembut biskut starbucks sekalipun..

Monday, December 7, 2009

kusut

leaving or changing..


Tuesday, November 10, 2009

lepas

aku tak rajin dan malas. tapi rasa tidak mahu sahaja..

pernah juga apabila kau sudah kehilangan, maka kau akan terasa. dan bila pula giliran tu akan berganti orang untuk dirasakan?

kalau aku ada kuasa luar biasa, aku hanya mahu kuasa menanam pokok. apabila hidup dengan sesuatu yang tidak boleh bercakap dan bernafsu, lebih mengghairahkan tanpa fikir soal perasaan.

jaminan apa yang kau kejarkan sebenarnya?

bukan simpati tapi memang sayang.



Wednesday, November 4, 2009

Di mana kau?

You can try your best way to run from me. And you know how it couldn't show any of great completion in that run away wahai budak besar. Aku masih budak kecil kau. Dan sampai kelip mata pada hari esok sekalipun, hanya perkataan masih yang aku pilih. Betul.



Thursday, October 29, 2009

normal lah

jangan pertikai rutin harian aku.. itu sahaja.



Wednesday, October 28, 2009

apa itu sesuatu yang letih

saya bahagia menjadi ensem tanpa perlu rasa cemburu pada sekeliling.. bagus.. mereka itu pemusnah..

pernah tak seketika bila kau rasa i-am-completely-fine-with-all-these, dan sebenarnya kau semakin hampir dengan benci...

tidak salah untuk melepaskan sesuatu hanya dengan tidak ambil peduli.. yeah, itu sangat jelas kau sebenarnya tidak lah kuat mana ain..

semalam tidak akan sama dengan esok... dan hari ini sesuatu yang kau patut teruja untuk teruskan hidup...

jangan bersungguh-sungguh, cukup sekadar biasa.. lebih selesa...




Friday, October 23, 2009

sampaikan

apabila beliau sangat diharapkan untuk hidup aku... tapi di mana nak cari harapan yang semakin hilang walaupun kau kata sayang itu begitu tinggi bagai klcc...

emak bukan pemarah kalau kau tidak buat dia marah.. mengapa tak sedar yang kau akan jadi seorang emak bila sudah cukup melahirkan anak seramai tujuh orang.. kesedaran...

kurangnya aku menulis di sini.. bajusemalam juga semakin bukan tempat yang sulit... aku mula rasa, bagaimana mahu lepaskan kentot sedangkan manusia semua menunggu bunyi yang buruk sahaja datangnya dari punggung aku?? berhenti lah melihat kejatuhan manusia lain...

mencari sesuatu yang baru tidak sama seperti kau gantikan dengan yang lama.. aku tidak rasa ada nilai yang baik dalam soal pencarian mahupun penggantian... mengapa tidak biarkan sahaja ia datang dan pergi dengan kuasa tuhan??

hidup tidak hebat kalau setiap baik hanya dapat dilihat dengan mata kasar semata-mata... hati itu diberi untuk dinilai dan bukan untuk disakiti semata-mata...

kalau lah aku mampu bermain gitar tanpa menangis?? kadang-kadang manusia terlalu mengambil kira pada hal yang tidak sewajarnya...

aku ensem dan kuat... dan mula sedar, perempuan itu begitu lemah untuk kawal emosi dan kesedihan.. kalau lah kau tahu yang aku sangat mahukan kau lebih dari sekotak tisu..

apabila kau sedar pemberian satu senyum hanya akan menjanjikan rasa sakit yang hanya kau sahaja tahu... benar, manusia akan menjadi penceria terhebat apabila sebenarnya beliau sudah tidak mampu untuk senyum...

emak hebat di hati dan mata saya...


Monday, July 27, 2009

pernah

ponteng lah pelajaran dan kelas.. harap tanggungjawab pada tuhan tidak ponteng...

semalam adek aku memang tak sehat.. pergi wayang dengan hanya berpakaian bagai telanjang.. ternyata transformers memang tak lah hebat mana.. tak tahu betul pun megan fox tu seorang lelaki?? mulut die hebat ok... haha..

aku rindu pada musim kau kata "aku sentiasa ada dalam hati kau, di sini selalu"...


Thursday, July 23, 2009

jelas sangat

aku takkan petik gitar lagik selagi aku masih tak stabil.. ini semua macam tak guna...

tak tahu betul ke dengan apa yang dia cakap... aku sangat mengharap.. memalukan...

mak kata takdir itu segala yang terbaik.. bila kau lemah, kau mungkin akan hilang pertimbangan... bila kau kuat, kau sangat ensem...

pelajaran aku di tempat asal atau tidak, peperiksaan menjadi isu buat masa ini..

dah nak bulan puasa.. bergantikah hutang puasa yang lepas??


Monday, July 6, 2009

lama dah

bukankah bila membuat sesuatu yang belum dibuat lebih menerujakan?? mengapa mesti memilih untuk lakukan persamaan.. bukankah bagai tidak seronok??

aku bukan setanding.. tetapi aku mampu untuk bertanding walau pertandingan tidak menjanjikan wang dan hadiah sekalipun...

hidup makin celaru bila kau mula lupakan tuhan.. kesedaran yang berharga sejak sekian aku menjadi manusia... betul...

michael jakson mati dalam islam ke?? aku sampai sekarang nak tahu...


Monday, June 15, 2009

belum santap

begitu kasihan bila kau rasa kau begitu wah-sangat-medukacitakan...

semalam aku mengambil masa selama beberapa jam untuk stabilkan diri sendiri.. memang setiap hari begini... apa pun jadi, aku masih milik tuhan...

kedai nak beli sangat jauh dari kawasan ini...

satu penghargaan bila apa yang kau buat menjadi pandangan yang salah.. tidak kisah salah atau betul.. menjadi diri sendiri lebih baik daripada membunuh manusia sekeliling...



Sunday, June 14, 2009

mimpi

balik pada realiti..

Thursday, June 4, 2009

tiap ari

teruslah bermain.. nanti kau akan senang..

tak kira apa pandangan untuk lihat ke belakang.. tahu bukan belakang tidak sikit pun beri lambang kejayaan.. kenapa aku mesti perlu fikir soal mereka di belakang.. atau soal perkara lepas di belakang.. ini letih..

kurang pasti apa sebab.. kuman itu kecil.. tapi efek sangat besar... aku memang kata efeknya besar.. jerawat di muka memang efek yang besar..

kata lah apa sahaja tapi jangan kata aku sial..

ingat tak bila pelarian di sekolah aku tak pernah hadir dan menang.. itu juga kebanggaan.. mengapa mesti yang bagus sahaja satu kebagusan.. manusia..


Wednesday, June 3, 2009

emosi

pernah juga aku tak rasa aku menulis bagai menulis.. kau akan tahu kau hanya menulis bila kau baca benda apa yang kau tulis.. pasal kadang-kadang kau sendiri pun tak cukup faham apa yang kau tulis.. jadi itu bukan sebagai menulis.. itu hanya sekadar tulisan yang benar-benar tidak berasas...

aku semakin muak... aku mula rasa ini tidak 'rare' lagi.. dan aku mungkin benci dengan benda yang tidak 'rare' lagi.. kau tahu hasilnya tidak teruja dan disegani apabila kau tahu kau hanya mahu seronok dan bukan mahu jadi seperti mereka...

mengapa mesti soalkan kebaikan aku.. mengapa mesti menjual kata-kata keji untuk kepentingan peribadi... tahu bukan yang aku takkan bersikap gampang.. pasal aku takkan tanya mengapa lagi.. aku tetap akan kata pergilah mengaji dan bukan mengeji.. cukup...

malam sahaja akan hasilkan macam-macam penulisan...


Friday, May 29, 2009

penerangan

kalau kau biar benda yang mudah selama seminggu sekalipun, aku tak rasa semua akan jadi mudah lagi.. sekejap sahaja tadi aku mula berubah.. semua disiapkan tanpa tangguhan lagi.. aku sedar semua tu..

rela atau tidak, bersyukur tu sifat paling mulia.. sejak tahun lalu, aku sudah mula memaafkan manusia yang cukup bangsat terhadap aku.. dan itu sangat mulia untuk disyukurkan..

tangan aku tidak besar.. tapi tali gitar putus itu salah tangan siapa.. itu tak perlu cari siapa penyebabnya.. cuba selesaikan dengan bagaimana...

jangan cepat rasa kau kalah.. pasal masih ramai orang kata kau hebat dan kau bagus... tidak termasuk dalam kalangan manusia tidak kenal erti kehebatan tuhan.. tapi bila kau rasa rendah diri sangat, kau akan jatuh ke lantai.. itu hakikat...

aku tak lari, aku berjalan.. jangan kata aku mula lari dari sebarang situasi dan keadaan... bila aku nampak bagai mahu lari, sebenarnya itu semua sebab yang sangat terperinci untuk diri sendiri dan keluarga.. percayalah yang aku bukan sangat dasyat untuk menjadi begitu sial..


Thursday, May 28, 2009

terdapat sedikit

ada senarai tujuh bijik buku yang tidak dibaca lagi.. aku bertindak menjadi orang yang waras tapi pura-pura tidak bila buku yang murah di depan mata.. duit dicincang akan putus... aku tahu..

kalau aku berjaya dengan perubahan ni, mampu ke aku tandingi diri sendiri?? benar tengah hari tadi cukup gelabah untuk berfikir.. bagai otak di dalam seluar.. bila seluar begitu besar, ia tercicir di bilik..

petang, mereka ke karaoke.. aku benci mereka pasal aku sedang ketagih menyanyi lagu negaraku.. wayang kulit juga tak tonton sejak sekian.. betul..

bilik aku semakin kosong.. aku akan penuhkan kau bilik.. jangan gusar... semalam sahaja, aku angankan katil buatan sendiri.. tidur di lantai lebih cool.. mak marah pasal aku perempuan..

di sini aku start fikir, mengapa perempuan perlu dirisaukan lebih-lebih.. aku dah kata, aku memang nak anak ramai sepuluh orang.. itu cita-cita aku sejak lahir..

kau akan berasa ensem bila bulu ketiak sepanjang pembaris.. kau juga boleh perasan ensem bila kau ahli bina badan.. sumpah aku bunuh lelaki begini...


Wednesday, May 27, 2009

tertulis

kalau Vaseline aku hilang, orang yang dituduh mencuri adalah Iva.. percayalah yang bilik aku sangat buruk tapi jadi pilihan di hati budak kecil ini..

semalam aku ke tempat bersiar seperti biasa... aku mula risau bila kau telefon aku yang semua usaha tu masih boleh dijayakan.. kalau kau yakin semua ni, pergi lah ke pasar borong mana sekalipun, kau sedar yang aku ni tak boleh digantikan dengan ayam mekdi...

sekali-sekala menghabiskan duit tidak mengapa.. bila selalu dihabiskan, ia akan jadi bagai setan... betul... aku bukanlah rajin untuk menggantikan telefon bimbit... duit lebih afdal jika habiskan pada baju dan kereta sahaja..

kenapa mesti benci orang yang tidak bersalah... sebab mereka begitu jengkel untuk dilihat.. hakikatnya bukan benci tapi sekadar tidak termasuk dalam senarai kesukaan aku... kalau aku tidak mencederakan orang pun sudah dikira aku gadis yang mulia... itu mencukupi..

rindu itu tidak menyakitkan.. sumpah.. kalau kahwin sekalipun, duduk lah berlainan bumbung.. aku lebih menerima pasal rindu itu sangat teruja...

Wednesday, May 20, 2009

dongeng

  • semalam sibuk makan dengan mereka sambil berbaju korporat pasal ada urusan di kelas.
  • ok, makanan sangat jauh untuk didapatkan.
  • aku hampir gelak hingga pengsan bila,
  • Farid kata, "ain, kau nak tengok tak ako mustapha datang makan kat restoran ni gak?"
  • tak tahan, aku banyak ketawa hari semalam.
  • itu bukan ako.. percayalah..

Monday, May 18, 2009

berapa lah sangat

  • braces begitu menggampangkan
  • badan sangat penat dengan urusan hidup sendiri
  • aku semakin malas dengan hal keliling
  • semalam mereka kata aku bagai singa jadian
  • ha ok terima kasih untuk hal sebegini rupa

Tuesday, May 12, 2009

heran tak

  • aku ada buat banyak lagu sejak akhir ni..
  • tau dah mesti cam sumbang semua not
  • tapi macam nak jadikan cekodoklabu tempat lagu-lagu tu berlindung.
  • mungkin nanti kot?

Sunday, May 10, 2009

kurungan

  • siapa yang cipta baju kurung erh?? sopan. bagus. cantik. senang. tak mungkin baju kurung pun aku nk buat sendiri.. itu pun nak jadi isu bila aku lambat bangun pagi tadi dan sangat hakikat bila aku seterika baju kurung tanpa gosok gigi...
  • aku mula risau bila tengok mak sangat prihatin pasal keluarga... aku tak rasa aku sanggup memegang jawatan isteri dan ibu kepada anak-anak untuk selama berpuluh tahun.. mak memang sangat ensem...
  • kasut aku semakin merunsingkan...

Friday, May 8, 2009

letih

rindu tu nikmat... sayang tu sakit... cinta tu menyusahkan... aku lebih rela rindu sahaja...

Wednesday, May 6, 2009

entri kedua

  • seminggu lepas di kelas, hanya sedikit sindiran bila cikgu aku kata, "what's the nickname that i supposed to call u?"... padahal dia dah tahu boleh je panggil aku ain... hmmm... tiba-tiba, "u know what, your name is not suitable for u."... ok terima kasih cikgu.
  • kalau bukan sebab kebagusan mak aku, aku takkan lahir pada hari merdeka dan nama aku mungkin melor.
  • mungkin cikgu di atas tadi patut menerima ain daripada melor.

Tuesday, May 5, 2009

entri pertama

kadang-kadang bersikap macam bagus pun boleh meyakinkan diri aku sendiri.. kalau bukan sebab malas, mungkin sekarang aku sudah bekerjaya dan hebat.. aku semakin selesa bila bahasabijak dah takde.. itu sahaja..