Thursday, May 28, 2009

terdapat sedikit

ada senarai tujuh bijik buku yang tidak dibaca lagi.. aku bertindak menjadi orang yang waras tapi pura-pura tidak bila buku yang murah di depan mata.. duit dicincang akan putus... aku tahu..

kalau aku berjaya dengan perubahan ni, mampu ke aku tandingi diri sendiri?? benar tengah hari tadi cukup gelabah untuk berfikir.. bagai otak di dalam seluar.. bila seluar begitu besar, ia tercicir di bilik..

petang, mereka ke karaoke.. aku benci mereka pasal aku sedang ketagih menyanyi lagu negaraku.. wayang kulit juga tak tonton sejak sekian.. betul..

bilik aku semakin kosong.. aku akan penuhkan kau bilik.. jangan gusar... semalam sahaja, aku angankan katil buatan sendiri.. tidur di lantai lebih cool.. mak marah pasal aku perempuan..

di sini aku start fikir, mengapa perempuan perlu dirisaukan lebih-lebih.. aku dah kata, aku memang nak anak ramai sepuluh orang.. itu cita-cita aku sejak lahir..

kau akan berasa ensem bila bulu ketiak sepanjang pembaris.. kau juga boleh perasan ensem bila kau ahli bina badan.. sumpah aku bunuh lelaki begini...