Wednesday, May 27, 2009

tertulis

kalau Vaseline aku hilang, orang yang dituduh mencuri adalah Iva.. percayalah yang bilik aku sangat buruk tapi jadi pilihan di hati budak kecil ini..

semalam aku ke tempat bersiar seperti biasa... aku mula risau bila kau telefon aku yang semua usaha tu masih boleh dijayakan.. kalau kau yakin semua ni, pergi lah ke pasar borong mana sekalipun, kau sedar yang aku ni tak boleh digantikan dengan ayam mekdi...

sekali-sekala menghabiskan duit tidak mengapa.. bila selalu dihabiskan, ia akan jadi bagai setan... betul... aku bukanlah rajin untuk menggantikan telefon bimbit... duit lebih afdal jika habiskan pada baju dan kereta sahaja..

kenapa mesti benci orang yang tidak bersalah... sebab mereka begitu jengkel untuk dilihat.. hakikatnya bukan benci tapi sekadar tidak termasuk dalam senarai kesukaan aku... kalau aku tidak mencederakan orang pun sudah dikira aku gadis yang mulia... itu mencukupi..

rindu itu tidak menyakitkan.. sumpah.. kalau kahwin sekalipun, duduk lah berlainan bumbung.. aku lebih menerima pasal rindu itu sangat teruja...