Friday, October 23, 2009

sampaikan

apabila beliau sangat diharapkan untuk hidup aku... tapi di mana nak cari harapan yang semakin hilang walaupun kau kata sayang itu begitu tinggi bagai klcc...

emak bukan pemarah kalau kau tidak buat dia marah.. mengapa tak sedar yang kau akan jadi seorang emak bila sudah cukup melahirkan anak seramai tujuh orang.. kesedaran...

kurangnya aku menulis di sini.. bajusemalam juga semakin bukan tempat yang sulit... aku mula rasa, bagaimana mahu lepaskan kentot sedangkan manusia semua menunggu bunyi yang buruk sahaja datangnya dari punggung aku?? berhenti lah melihat kejatuhan manusia lain...

mencari sesuatu yang baru tidak sama seperti kau gantikan dengan yang lama.. aku tidak rasa ada nilai yang baik dalam soal pencarian mahupun penggantian... mengapa tidak biarkan sahaja ia datang dan pergi dengan kuasa tuhan??

hidup tidak hebat kalau setiap baik hanya dapat dilihat dengan mata kasar semata-mata... hati itu diberi untuk dinilai dan bukan untuk disakiti semata-mata...

kalau lah aku mampu bermain gitar tanpa menangis?? kadang-kadang manusia terlalu mengambil kira pada hal yang tidak sewajarnya...

aku ensem dan kuat... dan mula sedar, perempuan itu begitu lemah untuk kawal emosi dan kesedihan.. kalau lah kau tahu yang aku sangat mahukan kau lebih dari sekotak tisu..

apabila kau sedar pemberian satu senyum hanya akan menjanjikan rasa sakit yang hanya kau sahaja tahu... benar, manusia akan menjadi penceria terhebat apabila sebenarnya beliau sudah tidak mampu untuk senyum...

emak hebat di hati dan mata saya...