Saturday, April 10, 2010

finding

tadi aku terlihat, terdapat papan besar bertulis "disiplin itu kunci kejayaan"... boleh tak andai aku tidak pernah ada disiplin di dalam hidup.. tapi aku masih mampu capai kejayaan.. sebaliknya aku akan kata, "Tuhan itu kunci kejayaan"...

sudah lama tidak pegang gitar dengan penuh rasa teruja... andai aku tidak sayang kau cik kapok, mungkin kau tidak lagi berada di bilik aku dan akan aku hantar ke cash converter sahaja... tapi kau itu nyawa dan satu kesayangan....

aku lebih suka menggunakan perkataan andai berbanding kalau... tidak tahu, kisah psikologi yang kadangkala manusia lain akan kata kau-memang-suka-berfikir-dengan-pendapat-sendiri-ain...

sekurang-kurangnya, aku masih berus gigi selepas makan... walaupun kebakaran di tahap kritikal sedangkan poket sangat dalam kecemasan...

andai mampu, aku akan bekerja tiga jenis pekerjaan dalam satu hari... ia andaian yang tidak akan ada satu kemampuan.. tetapi mampu beri aku satu motivasi untuk usaha dengan sendiri tanpa harap walaupun sokongan dari satu huruf manusia...