Saturday, November 13, 2010

terbaik!








selamat hari lahir emping jagung kesayangan!









Saturday, November 6, 2010

selalunya

aku memang dah lama tak habiskan masa pada perkara online lagi... aku cuba untuk kawal semua tu... pernah satu suara pesan, "kau dah dewasa, cuba lah berhenti segala yang tak perlu dan sampai bila kau mahu jadi tidak dewasa"... aku bukan penerima nasihat yang baik.. aku tak suka pada nasihat kerana aku ada sifat hey-aku-boleh-didik-diri-sendiri-dengan-baik-dan-aku-tak-perlu-nasihat-apa-lancau-semua... ini aku yang dulu, bongkak... aku benci pada kritikan kerana memang aku tak suka pada kekalahan... tapi aku yang sekarang mungkin banyak yang berbeza... aku cuba untuk positif.. sampai bila kau mahu bersosial bagai nak mati? sampai bila kau mahu habiskan masa dengan tiada objektif hidup??

aku cuba untuk tak salahkan situasi dan takdir tuhan... aku cuba terima mereka sebaik mungkin... aku faham ada hikmah dalam setiap perkara... mungkin kalau parent aku tak split out, aku takkan kenal erti hargai emak sendiri... dulu-dulu aku selalu ralit dengan hal sosial aku sendiri sampaikan aku tak tahu mana pergi hal family dan tuhan... aku bagai hilang perkara yang paling penting dalam hidup iaitu keluarga dan iman aku sendiri... kadangkala aku cuba untuk kawal perkara yang menyakitkan sampaikan aku menangis setiap hari sebab hati aku sakit nak kawal semua benda... tapi aku hanya harap andai aku ada niat yang ikhlas terhadap perkara yang baik-baik, tuhan akan janjikan aku satu rasa tenang satu hari nanti... biar seksa untuk kawal, tapi simpan dalam hati, "aku harap aku kuat sebab sampai bila aku tak berubah untuk ke arah kebaikan sedangkan aku tak tahu bila tarikh kematian aku"...

hasilkan keikhlasan... itu sahaja...