Friday, June 4, 2010

peduli!

jangan lah beri aku apa jenis tangisan pun.. kerana ia akan lahirkan rasa bagai bangsat!

tahu tak apabila demam dan perkara yang paling dikehendaki adalah dipeluk dengan erat.. panadol juga mampu untuk memeluk diri manusia sehingga rasa mahu tidur... tahniah!

kasihan itu perasaan yang datang bersama dengan rasa kasih... andai tidak kasih, mana mungkin rasa kasihan itu akan kau beri pada aku walau satu saat.. maka, terima kasih!

kau akan tahu erti penghargaan apabila kau berada di tahap di mana kau tertanya-tanya adakah masih sempat untuk kau perbaiki segala kesilapan... sempat atau tidak itu bukan menjadi satu isu yang hebat... hanya perlu sedar, adakah kau sudah bersedia untuk memperbaiki...

aku semakin sedar mengapa aku perlu kawal segala rasa kerana aku tahu peningkatan umur aku semakin ketara.. baiklah!