Tuesday, March 23, 2010

pahlawan

kau adalah tidak baik andai kau pilih cara menasihati aku dengan cara yang tidak baik.. di mana kewarasan kau untuk membentuk aku sebagai adik yang baik??

pada beberapa hari yang lepas, aku sangat pedulikan mereka.. tetapi pada beberapa jam yang lepas, aku sangat mahu larikan diri dari mereka...

peristiwa itu hanya datang sekali sahaja, maka ingati ia sampai mati...

jangan mudah menerima segala kesenangan yang diberi sedangkan keliling kau mempamerkan rasa hasad dengki... tahu atau tidak, perasaan oleh keliling itu boleh menghasilkan dendam...

aku tidak hebat dalam persiapan rumah, tapi aku ada kestabilan fikiran untuk tidak mencampuri urusan manusia lain di rumah...

jangan terlalu bangga dengan kebaikan kau pada hari ini, manusia itu tidak sempurna.. itu sahaja...


Monday, March 22, 2010

bagus

sistem tidur yang gampang... maka, hidup memang gampang..

pernah tak kau rindukan perkara lama kerana kau sentiasa ada sekatan dalam setiap perkara padahal kau sudah mula punyai prestasi yang baik... umur dan jantina bukan menjadi perkara utama.. tetapi sikap dalam memberi kau setiap sekatan dalam semua perkara... kau sudah dewasa.. menjaga diri itu memang di dalam diri sendiri dan bukankah andai sekatan melampaui batas akan menghasilkan satu pemberontakan??

kemalasan rasa untuk menjadikan ia semakin penuh dan bertambah...


Saturday, March 20, 2010

bam

janganlah beri kata bangsat kerana aku jauh lebih baran dari kau sebenarnya..

itu sahaja!


sekitar

kepenuhan dan kesungguhan itu tidak banyak hasilkan senyuman kerana ia bukan dari satu kebiasaan... tahap ketinggian sesuatu harapan kadangkala begitu kritikal...

sebenarnya manusia diberi satu rasa pada hari ini kerana satu rasa akan dirasa pada esok hari... manusia tidak selalu menang kerana tuhan itu adil...

andai diberi peluang untuk memilih, "aku tidak akan buat sebarang pilihan"...

tidak kisah bagaimana pandangan bagi setiap perempuan, tapi aku hanya ada satu pandangan yang sedih... aku harap yang terbaik untuk mereka dan diri sendiri.. saya sayangkan mereka lebih dari nyawa...

kamu adalah orang yang terbaik apabila kamu dikelilingi oleh dugaan hidup yang menyakitkan kerana hidup itu sudah tertulis...

bagaimana tulisan hidup saya pula nanti?


Saturday, March 13, 2010

tidak tahu

tahu tak permulaan untuk 'keseluruhan' ini sedarkan bahawa mungkin tidak perlu terlalu menjadi diri sebenar kerana kau hanya kuat pada luaran semata-mata...

tahu tak apabila kau lepaskan satu rasa tanpa pengetahuan keliling, hati boleh ada air mata juga..

tahu tak aku guna dua kata hikmat di bawah ini untuk semua jenis rasa..

"kalau lah"


Sunday, March 7, 2010

pintu

biar ada motif yang hebat dengan setiap apa yang kau rasa dan buat... cuba wujudkan sejenis sebab yang kukuh...

tahu atau tidak, peperiksaan akhir semakin di tahap celaru... mengapa mensia-siakan segala kebagusan hanya kerana tekanan kewangan?

pada hari semalam, kami telah sampai...

permintaan sentiasa datang dengan niat... jangan menipu bahawa kau meminta tanpa niat... kau bercakap juga sentiasa dengan niat...