Monday, June 21, 2010

lancau!

aku kerap demam kerana apa? hanya kerana dosa. itu sahaja.

keperluan seseorang adalah kesihatan.

boleh tak nak sebut perkara sakit dan sihat sahaja kali ini.

oh ok, boleh.

kerana jangan biasakan sesuatu yang biasa sebab ia membawa kepada kebiasaan.

baik, sebenarnya tiada kaitan antara kesihatan dan kebiasaan.

tamat!



Wednesday, June 16, 2010

hampeh!

aku memang suka bebel.. ia bukan masalah besar buat mereka di sekeliling... andai aku diam sekalipun, ia bukan masalah juga.. maka, biar sahaja aku ikut rentak yang bagaimana... kau peduli apa?

the stupid silence may tend to be stupid release... thanks!

rambut tetap menjadi mangsa keadaan... maka, pertukaran arah akan berlaku... aku gay... ada apa masalah??

cabaran untuk menerima sesuatu yang tercabar... betul lah tu andai aku sudah lagi tiada satu jenis faith pun... tidak kisah, itu kerja tuhan..

pernah tak kadangkala, kau mahu berjalan seorang diri sambil berbekalkan potato chips sahaja di tangan... dahulu aku kerap begini... sekarang mungkin aku akan tukar bekalan yang lain pula...


Friday, June 4, 2010

peduli!

jangan lah beri aku apa jenis tangisan pun.. kerana ia akan lahirkan rasa bagai bangsat!

tahu tak apabila demam dan perkara yang paling dikehendaki adalah dipeluk dengan erat.. panadol juga mampu untuk memeluk diri manusia sehingga rasa mahu tidur... tahniah!

kasihan itu perasaan yang datang bersama dengan rasa kasih... andai tidak kasih, mana mungkin rasa kasihan itu akan kau beri pada aku walau satu saat.. maka, terima kasih!

kau akan tahu erti penghargaan apabila kau berada di tahap di mana kau tertanya-tanya adakah masih sempat untuk kau perbaiki segala kesilapan... sempat atau tidak itu bukan menjadi satu isu yang hebat... hanya perlu sedar, adakah kau sudah bersedia untuk memperbaiki...

aku semakin sedar mengapa aku perlu kawal segala rasa kerana aku tahu peningkatan umur aku semakin ketara.. baiklah!


Thursday, June 3, 2010

hotak!

aku memang disifatkan dengan degil.. betul lah tu andai aku masih degil untuk mahu terus beri rasa teruja sedangkan aku tahu aku tetap akan rasa bagai gampang!

emak mahu pengurangan dalam pembakaran... mungkin dalam perjalanan!

oh jangan hidup dengan plastik kerana ia tidak ada keaslian. penuh penipuan.. bagaimana andai kau minta plastik sampah dari aku? kau akan rasa apa itu kehinaan...

benar lah hanya hebat di permulaan.. dan bangsat di pertengahan.. dan pengakhiran akan hasilkan kehilangan... jadi, mana yang kau mahu? aku hanya pilih permulaan...

berbalik semula dengan apa yang pernah dihuraikan di sini, di sebalik 'kisah dan cerita'... memang benar, lebih baik tidak perlu cerita kerana kau memang tidak kisah.. terima kasih!