Friday, May 29, 2009

penerangan

kalau kau biar benda yang mudah selama seminggu sekalipun, aku tak rasa semua akan jadi mudah lagi.. sekejap sahaja tadi aku mula berubah.. semua disiapkan tanpa tangguhan lagi.. aku sedar semua tu..

rela atau tidak, bersyukur tu sifat paling mulia.. sejak tahun lalu, aku sudah mula memaafkan manusia yang cukup bangsat terhadap aku.. dan itu sangat mulia untuk disyukurkan..

tangan aku tidak besar.. tapi tali gitar putus itu salah tangan siapa.. itu tak perlu cari siapa penyebabnya.. cuba selesaikan dengan bagaimana...

jangan cepat rasa kau kalah.. pasal masih ramai orang kata kau hebat dan kau bagus... tidak termasuk dalam kalangan manusia tidak kenal erti kehebatan tuhan.. tapi bila kau rasa rendah diri sangat, kau akan jatuh ke lantai.. itu hakikat...

aku tak lari, aku berjalan.. jangan kata aku mula lari dari sebarang situasi dan keadaan... bila aku nampak bagai mahu lari, sebenarnya itu semua sebab yang sangat terperinci untuk diri sendiri dan keluarga.. percayalah yang aku bukan sangat dasyat untuk menjadi begitu sial..


Thursday, May 28, 2009

terdapat sedikit

ada senarai tujuh bijik buku yang tidak dibaca lagi.. aku bertindak menjadi orang yang waras tapi pura-pura tidak bila buku yang murah di depan mata.. duit dicincang akan putus... aku tahu..

kalau aku berjaya dengan perubahan ni, mampu ke aku tandingi diri sendiri?? benar tengah hari tadi cukup gelabah untuk berfikir.. bagai otak di dalam seluar.. bila seluar begitu besar, ia tercicir di bilik..

petang, mereka ke karaoke.. aku benci mereka pasal aku sedang ketagih menyanyi lagu negaraku.. wayang kulit juga tak tonton sejak sekian.. betul..

bilik aku semakin kosong.. aku akan penuhkan kau bilik.. jangan gusar... semalam sahaja, aku angankan katil buatan sendiri.. tidur di lantai lebih cool.. mak marah pasal aku perempuan..

di sini aku start fikir, mengapa perempuan perlu dirisaukan lebih-lebih.. aku dah kata, aku memang nak anak ramai sepuluh orang.. itu cita-cita aku sejak lahir..

kau akan berasa ensem bila bulu ketiak sepanjang pembaris.. kau juga boleh perasan ensem bila kau ahli bina badan.. sumpah aku bunuh lelaki begini...


Wednesday, May 27, 2009

tertulis

kalau Vaseline aku hilang, orang yang dituduh mencuri adalah Iva.. percayalah yang bilik aku sangat buruk tapi jadi pilihan di hati budak kecil ini..

semalam aku ke tempat bersiar seperti biasa... aku mula risau bila kau telefon aku yang semua usaha tu masih boleh dijayakan.. kalau kau yakin semua ni, pergi lah ke pasar borong mana sekalipun, kau sedar yang aku ni tak boleh digantikan dengan ayam mekdi...

sekali-sekala menghabiskan duit tidak mengapa.. bila selalu dihabiskan, ia akan jadi bagai setan... betul... aku bukanlah rajin untuk menggantikan telefon bimbit... duit lebih afdal jika habiskan pada baju dan kereta sahaja..

kenapa mesti benci orang yang tidak bersalah... sebab mereka begitu jengkel untuk dilihat.. hakikatnya bukan benci tapi sekadar tidak termasuk dalam senarai kesukaan aku... kalau aku tidak mencederakan orang pun sudah dikira aku gadis yang mulia... itu mencukupi..

rindu itu tidak menyakitkan.. sumpah.. kalau kahwin sekalipun, duduk lah berlainan bumbung.. aku lebih menerima pasal rindu itu sangat teruja...

Wednesday, May 20, 2009

dongeng

  • semalam sibuk makan dengan mereka sambil berbaju korporat pasal ada urusan di kelas.
  • ok, makanan sangat jauh untuk didapatkan.
  • aku hampir gelak hingga pengsan bila,
  • Farid kata, "ain, kau nak tengok tak ako mustapha datang makan kat restoran ni gak?"
  • tak tahan, aku banyak ketawa hari semalam.
  • itu bukan ako.. percayalah..

Monday, May 18, 2009

berapa lah sangat

  • braces begitu menggampangkan
  • badan sangat penat dengan urusan hidup sendiri
  • aku semakin malas dengan hal keliling
  • semalam mereka kata aku bagai singa jadian
  • ha ok terima kasih untuk hal sebegini rupa

Tuesday, May 12, 2009

heran tak

  • aku ada buat banyak lagu sejak akhir ni..
  • tau dah mesti cam sumbang semua not
  • tapi macam nak jadikan cekodoklabu tempat lagu-lagu tu berlindung.
  • mungkin nanti kot?

Sunday, May 10, 2009

kurungan

  • siapa yang cipta baju kurung erh?? sopan. bagus. cantik. senang. tak mungkin baju kurung pun aku nk buat sendiri.. itu pun nak jadi isu bila aku lambat bangun pagi tadi dan sangat hakikat bila aku seterika baju kurung tanpa gosok gigi...
  • aku mula risau bila tengok mak sangat prihatin pasal keluarga... aku tak rasa aku sanggup memegang jawatan isteri dan ibu kepada anak-anak untuk selama berpuluh tahun.. mak memang sangat ensem...
  • kasut aku semakin merunsingkan...

Friday, May 8, 2009

letih

rindu tu nikmat... sayang tu sakit... cinta tu menyusahkan... aku lebih rela rindu sahaja...

Wednesday, May 6, 2009

entri kedua

  • seminggu lepas di kelas, hanya sedikit sindiran bila cikgu aku kata, "what's the nickname that i supposed to call u?"... padahal dia dah tahu boleh je panggil aku ain... hmmm... tiba-tiba, "u know what, your name is not suitable for u."... ok terima kasih cikgu.
  • kalau bukan sebab kebagusan mak aku, aku takkan lahir pada hari merdeka dan nama aku mungkin melor.
  • mungkin cikgu di atas tadi patut menerima ain daripada melor.

Tuesday, May 5, 2009

entri pertama

kadang-kadang bersikap macam bagus pun boleh meyakinkan diri aku sendiri.. kalau bukan sebab malas, mungkin sekarang aku sudah bekerjaya dan hebat.. aku semakin selesa bila bahasabijak dah takde.. itu sahaja..