Monday, October 4, 2010

seakan

saya hanya melihat dan menilai setiap sifat manusia sekeliling saya... saya tak boleh nak benci sangat sebab hidup saya juga tak selalunya sempurna dan baik-baik sahaja... jadi, saya akan bercakap dengan diri sendiri... kenapa kamu semua tak berapa bijak nak menjaga mulut ketika beri satu pandangan... kamu juga tak sempurna... hmmm... saya kerap menilai mereka dan saya mula berfikir... "manusia sekarang menjadi terlalu memilih kerana ada banyak pilihan di depan mata"... tahu tak kenapa wujudnya banyak pilihan? sebab wujudnya ujian dari tuhan... ujian untuk melihat tahap kau mengawal rasa bagai oh-aku-rasa-semua-orang-tak-hebat-macam-aku-punya.... belajar merendahkan tahap diri sendiri.. lebih menyenangkan semua pihak dan kau juga tidak berdosa... saya belajar erti bersederhana dari E... itu sahaja yang boleh buat saya ada sekurang-kurangnya satu sifat kebaikan... kerana itu saya sayangkan beliau sebanyak mungkin...

aku semakin malas pada bajusemalam... entah, sini tak ramai yang baca... aku lebih selesa... tak ramai lihat aku jatuh mahupun bangun.. "syg tahu tak syg mmg tak suka org lain tgk syg jatuh? tak elok sgt mcm tu ok".... kau selalu buat aku semakin berfikir... aku kadangkala tak tahu sangat otak aku lebih aktif berfungsi pada belah kiri atau kanan... dulu masa kecik, aku harap aku akan jadi manusia yang kreatif... aku tak berapa nak harap sebenarnya... statement ni salah ok... pembetulan, aku hanya kerap guna istilah kreatif dalam setiap pemikiran... dari kecik sampai sekarang... terlalu kreatif memikir consequences segala perkara... akhirnya aku akan jumpa satu kata iaitu "let go".... kalau nak bahasa bangsat, "pergi mati".... ia bukan satu penyelesaian... cuba selesaikan semua perkara, mesti kau rasa kau hensem... betul....

aku tak tahu kenapa life sekarang lebih buat manusia akan jadi manusia yang kejam... kejam pada fikiran dan hati sendiri... aku rasa sekarang kita tak berapa nak sedar yang kita ni hidup sekadar mahu bertanding... bukan bersungguh-sungguh mahu life yang elok-elok tapi memang sengaja nak jadi manusia no satu sampai mati... sedih ok... dulu-dulu aku kerap bertanding dalam pertandingan mewarna sahaja... dan kalau menang, bangga... kalau kalah, sedih nak gila... same goes to the current people's thought.. .mereka bangga kalau menang tapi sebenarnya mereka tak berapa nak tenang sebab kekejaman pada akal dan hati sendiri tu terlalu tinggi hanya kerana mahu menang... masalah hati!

sehingga sekarang, saya hanya harap saya boleh main gitar dengan baik dan kadangkala saya menangis.