Thursday, October 7, 2010

terjun!

aku tak tahu kenapa semua suka buat masalah semakin complicated... semua bagai tahu aku memang tak berapa nak pandai handle masalah yang kecil pun... dalam beberapa hari yang lepas, aku cuba belajar erti 'tujuan'... aku cuba masukkan tujuan dalam setiap kerja dan niat... aku hanya harap kisah tujuan tu akan selalu tolong aku menjadi bagai cool sebab aku sudah sedia untuk ada hala tuju... tapi sebenarnya apa pegangan pun yang kau cuba untuk pegang, tak berapa nak bagus terus dipegang andai kau pening... aku semakin pening soal keluarga, kekasih, pelajaran, pekerjaan... aku tak boleh nak jadi konsisten... aku bukan harap sangat segalanya sempurna... cukup sekadar "boleh tak, tak payah nak complicatedkan keadaan agar aku semakin pening?".... aku tak harap aku ada seribu kebaikan... aku tak harap aku mesti jadi ketua... aku tak pernah nak menjadi aku yang sekarang... aku selalu harap agar aku positif dalam setiap perubahan yang kau harapkan dari aku walaupun hati aku sangat memberontak agar kau dapat terima aku seadanya... tapi aku dah belajar taknak ada sifat let go... bagaimana mahu lari dari hidup yang realiti??? mungkin tahun depan saya bukan lagi di Malaysia... situasi selalu berubah... itu sahaja...

semoga semoga.....


Tuesday, October 5, 2010

sebaik mungkin

i always used to pray to God and ask the blessing in answering my exam... dulu aku rajin.. kadangkala aku tak sedar aku ada tahap rajin yang tiada pada orang lain... itu dulu... sebab aku tak banyak dicabar oleh satu jenis masalah pun... tapi sekarang lain... mungkin sekarang baru aku tahu belajar untuk tidak menyalahkan apa yang ada di depan atau di belakang mata aku sekalipun... beliau ajar saya untuk belajar dan sedar kesalahan sendiri... beliau itu imjan saya yang disayangi!

masa depan akan jelas andai kau tahu bagaimana mahu menjelaskan setiap apa yang kau lakukan... kerana setiap apa yang berlaku, mesti ada penjelasan yang bersebab.. jelas!


change!

saya mula selsema... saya mudah jatuh sakit... kurang antibodi untuk lawan penyakit di persekitaran saya... sama juga kurang kekuatan untuk lawan perasaan bagai aku-tertekan-tapi-aku-tak-tahu-apa-jenis-tekanan-yang-aku-sedang-hadapi... kadangkala saya jatuh sakit kerana tekanan... kerana itu hidup kau perlu sihat... luaran dan dalaman... aku tak berapa nak kisah soal dalam dan luar sedangkan aku tahu aku memang kerap tidak sihat... sekarang baru aku tahu kenapa separate family will make children tend to be uncontrollable... dulu aku blame 'those children' sebab mereka bagai memang sengaja mahu mess up hidup sendiri... padahal aku tak sedar semuanya terpulang pada pegangan... prinsip hidup seseorang.. sekarang baru aku tahu aku tak berapa nak pandai dalam soal pegangan... aku tak berapa nak kuat untuk pegang bahawa kau-tiada-kaitan-pada-separation-yang-berlaku-dan-maka-jangan-ambil-pusing-sangat-hal-separation-berkenaan... tapi aku tak boleh nak handle perasaan ambil pusing tu... aku rasa aku boleh baiki keadaan tapi sebenarnya aku tak boleh sebab aku benci pada kejatuhan... aku tak suka dapat tahu, "life kau sangat jatuh ain"... di mana saya mahu cari tangga untuk naik semula??? saya tahu tangga dan lift yang kami ada pada satu masa dulu dah rosak dengan dasyat... saya sedih dengan kerosakan ni semua... kalau lah mereka tahu betapa kisah mereka ini selalu buat saya rasa mahu berhenti belajar kerana saya sudah hilang fokus dalam hidup... saya paling kecil dan paling memerlukan pemulihan keadaan agar keadaan boleh jadi seperti dahulu kala... tapi ini hanya mimpi saya... aku tak hebat dalam lakonan kehidupan... aku sahaja perasan aku hebat sedangkan aku tidak selalu berlakon dalam soal perasaan... kelemahan saya semakin kelihatan buat masa ini... andai setiap kali kau nampak aku seperti lemah, betul lah tu aku benar-benar lemah semangat dan telah hilang fokus utama dalam hidup...

kalau lah mereka tahu saya sangat sedih sekarang ni??


Monday, October 4, 2010

bila masa?

pagi-pagi saya sekarang agak hebat... tapi peperiksaan saya dah nak hampir... saya tiada lagi belajar yang konsisten... hidup saya tak selalu sangat konsisten... sebab tu saya tak boleh nak lebih bagus sebab saya hanya di tahap bagus sahaja buat masa ini...why do we need a journal? in exaction, personal journal... because people keep forgetting the memories... tahap kepala kau untuk ingat sesuatu perkara yang biasa-biasa sahaja, tak selalu boleh kekal lama... tapi untuk ingat perkara yang jahanam-jahanam, mesti boleh kekal sampai mati... kebolehan kepala untuk mengasingkan apa yang kau benar-benar fikir ia sangat digelar memory-of-the-year kau atau ia adalah memori yang bertukar menjadi dendam.... aku tak berapa nak bercakap soal dendam pasal aku benci dulu aku bangun tidur setiap hari, hidup aku mesti penuh dengan sumpah seranah... kadangkala aku tak boleh nak go on lagi dengan hidup disumpah bagai sampah tu sebab aku tiada tahap yang tinggi untuk kawal setiap emosi... aku hanya harap kehidupan aku akan berubah dari segi mental dan fizikal... kalau ini yang terbaik, aku selalu cuba untuk positif... cuba... tapi emosi saya tak terkawal... itu sahaja masalah saya...


kadang-kadang saya tak sangka saya berumur dua puluh empat tahun... saya selalu kata, "aku nak kahwin umur 24"... tapi rezeki jodoh saya masih tidak sampai... aku cuba belajar merancang hidup dan bukan mengikut sahaja arus hidup sendiri semata-mata....

kalau boleh pakai baju songket dengan kasut converse, mesti hensem.... itu kalau... ok kalau...



sendu

aku bagai rindu abah... kalau lah abah aku macam abah orang lain... sayangkan keluarga lebih dari segala-galanya... aku takkan sedih bila tengok orang lain ada bergambar dengan abah sendiri... aku takkan sedih bila ada rasa sangat cemburu tengok they spend their entire of life together along with a person that so called abah... aku tak berapa nak tahan sebak bila dengar lagu ni... i really hope he still realize how the precious moment could make he smiles while seeing his thirty years belongings are still in his arms until his last breathe... if you can hear me so...




seakan

saya hanya melihat dan menilai setiap sifat manusia sekeliling saya... saya tak boleh nak benci sangat sebab hidup saya juga tak selalunya sempurna dan baik-baik sahaja... jadi, saya akan bercakap dengan diri sendiri... kenapa kamu semua tak berapa bijak nak menjaga mulut ketika beri satu pandangan... kamu juga tak sempurna... hmmm... saya kerap menilai mereka dan saya mula berfikir... "manusia sekarang menjadi terlalu memilih kerana ada banyak pilihan di depan mata"... tahu tak kenapa wujudnya banyak pilihan? sebab wujudnya ujian dari tuhan... ujian untuk melihat tahap kau mengawal rasa bagai oh-aku-rasa-semua-orang-tak-hebat-macam-aku-punya.... belajar merendahkan tahap diri sendiri.. lebih menyenangkan semua pihak dan kau juga tidak berdosa... saya belajar erti bersederhana dari E... itu sahaja yang boleh buat saya ada sekurang-kurangnya satu sifat kebaikan... kerana itu saya sayangkan beliau sebanyak mungkin...

aku semakin malas pada bajusemalam... entah, sini tak ramai yang baca... aku lebih selesa... tak ramai lihat aku jatuh mahupun bangun.. "syg tahu tak syg mmg tak suka org lain tgk syg jatuh? tak elok sgt mcm tu ok".... kau selalu buat aku semakin berfikir... aku kadangkala tak tahu sangat otak aku lebih aktif berfungsi pada belah kiri atau kanan... dulu masa kecik, aku harap aku akan jadi manusia yang kreatif... aku tak berapa nak harap sebenarnya... statement ni salah ok... pembetulan, aku hanya kerap guna istilah kreatif dalam setiap pemikiran... dari kecik sampai sekarang... terlalu kreatif memikir consequences segala perkara... akhirnya aku akan jumpa satu kata iaitu "let go".... kalau nak bahasa bangsat, "pergi mati".... ia bukan satu penyelesaian... cuba selesaikan semua perkara, mesti kau rasa kau hensem... betul....

aku tak tahu kenapa life sekarang lebih buat manusia akan jadi manusia yang kejam... kejam pada fikiran dan hati sendiri... aku rasa sekarang kita tak berapa nak sedar yang kita ni hidup sekadar mahu bertanding... bukan bersungguh-sungguh mahu life yang elok-elok tapi memang sengaja nak jadi manusia no satu sampai mati... sedih ok... dulu-dulu aku kerap bertanding dalam pertandingan mewarna sahaja... dan kalau menang, bangga... kalau kalah, sedih nak gila... same goes to the current people's thought.. .mereka bangga kalau menang tapi sebenarnya mereka tak berapa nak tenang sebab kekejaman pada akal dan hati sendiri tu terlalu tinggi hanya kerana mahu menang... masalah hati!

sehingga sekarang, saya hanya harap saya boleh main gitar dengan baik dan kadangkala saya menangis.


Sunday, October 3, 2010

kesukaan!

begini atau begitu bukan menjadi masalah andai si pemberi kata-kata lebih berteraskan satu rasa hormat... jangan pertikai apa jenis kehormatan pada si penerima kata-kata... ia sangat biadap..

pemanduan hidup saya kerap berjalan di jalan yang akhirnya hanya berjumpa satu jalan mati... kerana manusia yang saya harap memang tidak beri efek yang kuat untuk ajar saya pemanduan yang lebih tepat... kepentingan diri sendiri!

ketawa ada dua jenis sifat... ikhlas atau sinis... oh jangan pertikai soal ikhlas sedangkan kau hanya ada lima jenis deria rasa... maka, pergi mati!

untuk menjadi manusia yang sempurna, jangan kau harap sangat manusia sekeliling kau cukup sempurna untuk dijadikan panduan hidup... berdiri dengan kaki sendiri.. berfikir dengan kebijaksanaan yang tuhan beri... baik!

hilang dan ganti.. tapi saya lebih rela tidak terima ganti lagi... kerana mereka semua sama sahaja akan jahanamkan kestabilan fikiran saya... mereka ingat mereka bagus... saya tidak bagus tapi saya ada perkara yang terhormat untuk dilindungi... itu sahaja kebagusan saya..